Agensi Penerbangan Nasional (FAA) melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca pesawat jet peribadi milik penyanyi Karol G terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Van Nuys, California, Amerika Syarikat.
Difahamkan sewaktu kejadian, berlaku kepulan asap keluar dari bahagian kokpit selain dikatakan telah berlaku kebakaran.
Teruskan Membaca“Enjin berkembar pesawat yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Van Nuys sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Khamis,” kata jurucakap Faa pada Jumaat berhubung insiden tersebut.
Baca juga: Gagal tunjuk skill, sekumpulan geng motor ‘bersepai’ di tengah jalan raya
Sementara itu, Karol G yang sedang dalam siri konsert Jelajah Manana Sera Bonito, turut mengesahkan mengenai kejadian itu.
Katanya, keadaan dirinya dilaporkan baik dan kini sedang menghabiskan masa dengan keluarga.
Baca juga: DBKL sita, pindah barangan perniagaan halang laluan awam
“Keluarga dan pasukan saya semunya dalam keadaan baik. Syukur Tuhan melindungi kami dan merahmati kehidupan dan kesihatan kami,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram.
Untuk rekod, dianggarkan 16 individu menaiki pesawat terbabit. – Agensi