Terkini

DBKL sita, pindah barangan perniagaan halang laluan awam

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan 15 tindakan sita dan pindah barangan termasuk peralatan perniagaan yang menghalang laluan awam di sekitar Jalan Klang Lama dan Jalan Jalil Perkasa, Kuala Lumpur.

Perkara itu dibuat menerusi Tindakan Khas Pindah Halangan Parlimen Seputeh pada pukul 9.30 malam hari Khamis yang memeriksa tujuh lokasi aktiviti perniagaan melibatkan premis restoran, gerai makanan dan penjaja.

Sebanyak 392 peralatan dan barang perniagaan seperti kerusi, meja, tong gas dan lain-lain telah disita dan dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

Kesalahan ini dikategorikan dibawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Pihak DBKL turut mengatakan tindakan sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara berperingkat. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top