DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenakan tindakan sita dan pindah barangan keatas sembilan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), Lebuh Pudu, Jalan Tun Tan Cheng Lock (Kota Raya), Kuala Lumpur pada petang Ahad.
Kesemua aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing dari Bangladesh dan Indonesia itu dilakukan secara terbuka di laluan kaki lima serta menyasarkan penjualan kepada golongan warga asing dari luar Kuala Lumpur yang hadir di ibu kota.
Teruskan MembacaTindakan penguatkuasaan sita dan pindah barangan tersebut dilaksanakan menerusi kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.
Kesemua barangan yang disita akan dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan rekod dan dokumentasi.
Dalam kenyataan, DBKL menyatakan pihak mereka akan menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara konsisten berkaitan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing terutamanya di kawasan tumpuan (hotspot) pusat bandar. — KL Viral
Baca juga: