Terkini

Sangat sepadan, netizen restu Syed Saddiq, Bella Astillah dijodohkan

BELUM selesai isu khalwat suami dan gossip cinta bersama pelakon Muaz Zabir, Bella Astillah sekali lagi menggemparkan warga media sosial apabila dilihat meraikan hari raya keempat bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Melalui satu perkongsian gambar di Instagram milik Syed Saddiq itu, Bella yang kelihatan cantik jelita memakai baju kurung berwarna kuning dilihat begitu mesra bergambar bersama Syed Saddiq yang mengenakan baju melayu berwarna hitam.

“Stay strong @bellaastillah ! Kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” kata Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Kemesraan itu jelas terpancar di kedua-dua wajah mereka sehingga mendapat rata-rata komen netizen yang mengusik Bella untuk ‘mengorat’ seorang lelaki ahli politik.

“YB! muka seiras lah, mata dengan senyum,” kata pengguna @nmiranatasha di Instagram.

“Saya mewakili netizen Malaysia, sebulat suara kami merestui hubungan ini,” kata pengguna @eyka_icha di Instagram.

“Sesuai YB! Saya sebagai warga Muar bersetuju,” kata pengguna @syierarosli di Instagram.

Difahamkan, selain perkongsian gambar di Instagram, Bella Astillah juga turut memuat naik satu hantaran video di TikTok miliknya yang kelihatan berkunjung ke rumah Syed Saddiq bersama kedua-dua anaknya dan juga adiknya Didi Astillah.

Video itu memaparkan mereka meluangkan masa beraya bersama keluarga Syed Saddiq dan video itu turut dikongsikan oleh Bella di Insta story miliknya. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top