Terkini

Cubaan bunuh isteri, lelaki lepas tembakan di KLIA

SEORANG lelaki bertindak agresif melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan lanjut mendapatI suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ.

“Suspek bertindak melepaskan dua das tembakan sebelum terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut.

“Siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai melarikan diri ke utara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hussein berkata, ketika kejadian itu berlaku isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Beliau berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

Tambah beliau, kejadian itu adalah bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top