SAMBUTAN ulang tahun yang ke-45 penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun ini memberikan kelainan apabila beliau meraikannya di Tanah Suci bersama keluarga.
Pemilik nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin itu turut beranggapan bahawa tahun ini memberinya 1,001 makna apabila tidak hanya berpeluang menunaikan umrah pada hari jadi, tetapi turut bakal mengatakan konsert bertajuk, Epitome.
Teruskan MembacaTentu sahaja penyanyi kesayangan ramai menerima jutaan ucapan tahniah dan doa daripada peminat yang tidak berhenti memberi sokongan padu.
Menjengah ke ruangan komen penyanyi bersuara lunak di instagram, ramai peminat mengucapkan kata selamat dan memberikan doa yang baik buat hari kelahiran pelantun lagu popular, Cindai itu.
“Selamat Hari Lahir kesayangan seluruh Malaysia,” kata Eiza.
“Selamat Hari Lahir Tokti, semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang berkat dan dipermudahkan segala urusan menunaikan umrah yang mabrur,” kata Isra Ismail.
“Happy birthday Tokti, semoga berjaya dunia akhirat. Terus menjadi inspirasi buat kamu wahai biduanita negara,” kata Fiezy.
Luahan serta ucapan yang penuh dengan kasih sayang peminat kepada Siti membuktikan bahawa beliau seorang yang sangat disegani dan menjadi contoh terbaik buat masyarakat.
Untuk info, konsert Saya Siti Nurhaliza bakal diadakan pada 9 Mac depan yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan Cuckoo Malaysia. — KL VIRAL
Baca juga: