PESTA makanan berkonsepkan klasik iaitu Siri Jelajah Pasar Saloma bakal berlangsung di tempat letak kereta Giant, Setapak, Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 Januari depan.
Siri jelajah tersebut dianjurkan oleh Malaysian International Food Festival (MIFF) buat pertama kalinya membawa konsep klasik spaya boleh membawa kembali aura nostalgia pada zaman dahulu.
Teruskan MembacaMenariknya, kehadiran pengunjung boleh menggayakan busana yang bertemakan klasik seperti baju kurung, kain batik, baju kebaya, baju melayu, tengkolok dan sebagainya bagi memeriahkan lagi suasana acara tersebut.
Istimewa untuk pengunjung yang hadir bertemakan busana klasik berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1000.
Terdapat ramai peniaga serta selebriti yang akan menjual pelbagai jenis makanan turut menggayakan busana seperti orang dulu – dulu.
Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan buat pengunjung dan salah satunya adalah pertandingan nyanyian. Untuk mendaftar boleh hubungi 011 – 7074 0154 (Encik Lanz).
Jangan lupa hadir ke Pasar Saloma yang akan berkampung selama tiga hari berturut-turut bermula dari pukul 11 pagi hingga 12 malam pada 12 hingga 14 Januari nanti! — KL VIRAL