Terkini

JAWI adakan Majlis Mesra Masjid dan Surau Jumaat

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengadakan Majlis Mesra Masjid dan Surau Jumaat JAWI yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Mohd Na’im Mokhtar berkata majlis berkenaan dijadikan satu platform penting untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Dengan membawa nilai-nilai rahmah, gabungan Masjid dan Surau JAWI dengan gembiranya menyantuni para pengunjung, termasuk golongan asnaf, sempena sambutan Syawal yang penuh keberkatan, katanya dalam kenyataan.

Selain sambutan Syawal, pihak JAWI turut mengadakan pengagihan sumbangan kepada ibu tunggal, anak yatim, anak tahfiz dan saudara baru yang hadir di majlis tersebut.

“Harapan kami adalah agar usaha ini terus memperkukuhkan kesatuan dan semangat kasih sayang di kalangan masyarakat, di samping berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan,” tambahnya.

Majlis tersebut dijayakan oleh JAWI, Jawatankuasa Masjid dan SUrau Jumaat serta serta semua rakan strategik dan sukarelawan.

Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top