MELAKA – Walaupun sering ‘dibalun’ oleh Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap ‘cool’ dan profesional bila luluskan peruntukan RM486,000 untuk bekas Perdana Menteri itu ke Jepun bulan lalu.
Tun M dan delegasinya ke Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 di Tokyo pada 29-30 Mei lepas bukan pergi kosong mereka mohon dana kerajaan, dan Anwar surprisingly, luluskan untuk 7 daripada 9 orang dalam rombongan.
Teruskan Membaca“Ada hak dia untuk mohon. Tapi saya yang luluskan. Dan saya masih luluskan RM486,000.
“Walaupun hari-hari dia serang kita, saya tak ambil sikap negatif,” kata Anwar dengan tenang.
Beliau berkata demikian semasa hadir Seminar Pemantapan Organisasi di Ayer Keroh hari ini.
Yang menariknya, Tun M sendiri beri bayangan ini mungkin kali terakhir dia hadir forum antarabangsa tersebut menjadikan lawatan kali ini agak sentimental dan bersejarah juga.
Tindakan Anwar ini dilihat ramai sebagai contoh politik matang, walau berbeza haluan dan ideologi, hormat tetap diberi kepada bekas pemimpin negara.