KUALA LUMPUR – Suasana tenang di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields bertukar kecoh malam tadi bila berlaku insiden tembakan mengejut yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan dua lagi mangsa.
Kejadian berlaku sekitar jam 10.50 malam bila tiga lelaki tempatan sedang ‘lepak’ dan menjamu selera bersama beberapa rakan, tiba-tiba dihampiri dua suspek menaiki motosikal yang terus melepaskan beberapa das tembakan tepat ke arah mereka.
Teruskan MembacaSalah seorang mangsa maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan, manakala dua lagi kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) – seorang dilaporkan parah, seorang lagi cedera ringan.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya kini giat menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman CCTV di sekitar lokasi kejadian.
“Kita sedang kumpul maklumat dan bukti untuk kenal pasti suspek dan motif kejadian. Semua aspek disiasat,” katanya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh). Polis juga minta mana-mana individu yang nampak kejadian atau ada maklumat, tampil bantu siasatan.
Orang ramai diminta jangan buat spekulasi liar. Bagi ruang kepada pihak berkuasa jalankan tugas.
Insiden tembakan terbuka macam ni cetuskan kebimbangan ramai. Netizen juga mula tanya – “Apa dah jadi dengan keselamatan sekarang?”
Kita harap pelaku segera diberkas dan keadilan ditegakkan. Sama-sama kita doakan mangsa yang cedera cepat sembuh.
—
Teruskan follow untuk perkembangan terkini.