TIDAK perlu menunggu 24 jam untuk membuat laporan polis, Inspektor Tuan Kamal menggesa orang ramai untuk segera melakukan laporan sekiranya keberadaan keluarga mahupun kenalan rapat tidak dapat dikenal pasti.
Kenyataan itu dibuat ketika temu bualnya bersama stesen radio HotFM susulan kes kehilangan yang makin berleluasa ketika ini.
Teruskan MembacaBeliau berkata, keluarga mahupun kenalan rapat kepada mangsa yang hilang tidak perlu menunggu satu jam mahupun 24 jam untuk membuat laporan.
“Anda tidak perlu menunggu 24 jam untuk melakukan laporan polis.
“Sekiranya, sudah buntu dan mangsa tidak ditemui dalam masa terdekat terus ke balai polis untuk membuat laporan.
“Contohnya, anak yang hilang dan tidak tahu keberadaannya selepas 45 minit, kemungkinan sudah dibawa lari jauh. Satu jam ataupun 10 minit mangsa hilang dan tidak ditemukan sila pergi ke balai polis dengan segera.
“Jadi buat laporan secepat mungkin. Kalau pegawai itu tidak mahu melayan, mereka akan dipecat,” katanya.
Tambahnya lagi, pihak polis akan terus menyebar muka mangsa yang hilang ke jabatan-jabatan lain bagi membantu siasatan. — KL Viral
Baca juga: