Personaliti media sosial, Ameera Khan, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video momen romantik bersama kekasihnya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Dalam perkongsian di Instagram, Ameera meluahkan rasa gembira apabila menyifatkan Jefri sebagai lelaki idamannya. Beliau menggambarkan Jefri sebagai seorang yang penyabar, setia, matang, maskulin, serta mementingkan keluarga. Dia turut memuji sikap Jefri yang bersifat pelindung dan boleh diharapkan.
Teruskan MembacaPada masa yang sama, Ameera juga mengakui bahawa personalitinya agak berbeza — lebih dramatik, cepat berubah emosi, sensitif, degil, dan kerap berfikir berlebihan. Dia tidak menafikan suka dimanja dan diberi perhatian seperti seorang “puteri raja”.
Walaupun memiliki perbezaan ketara, pasangan itu tetap saling menyifatkan antara satu sama lain sebagai “dream girl” dan “dream boy”, menggambarkan keserasian yang wujud dalam perbezaan mereka.
Namun begitu, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mendoakan hubungan mereka berkekalan, namun ada juga yang mengkritik keterbukaan Ameera dalam berkongsi hal cinta secara berlebihan. Malah, sesetengah netizen turut mengungkit semula kontroversi lama melibatkan Jefri berkaitan sikap panas barannya di media sosial.