KUALA LUMPUR – Bukit Jalil bakal bergegar! Datuk M Nasir, legenda muzik tanah air, sah akan kembali menghentam pentas dengan Konsert Cipta 3 yang dijadual berlangsung pada 27 September 2025 di Axiata Arena.
Kali ni lain macam! Kalau sebelum ni M Nasir dikenali dengan persembahan yang lebih berseni dan puitis, Cipta 3 datang dengan konsep “Malam Ini Gua Rock” – lebih keras, lebih bertenaga, lebih ‘pecah kepala’!
Teruskan MembacaMenurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment (penganjur konsert), peminat bakal disajikan dengan deretan lagu-lagu rock ikonik hasil ciptaan dan nyanyian M Nasir sendiri.
“Ramai lupa, selain menyanyi, M Nasir adalah otai pencipta lagu-lagu rock Malaysia. Lagu macam Sejati, Intanku Kesepian – semua tu ciptaan dia! Konsert kali ni memang tribute untuk legasi rock beliau,” kata Iman.
M Nasir pun tak sorok keterujaan dia:
“Jiwa rock tu memang tak pernah mati dalam diri saya. Saya pun bermula dengan album rock. Jadi… inilah masanya untuk saya buktikan yang jiwa tu masih membara,” katanya dengan penuh semangat.
Konsep pakaian pun rare! Penonton digalakkan datang dengan gaya paling ‘Rock Cara Lu… Janji Rock!’ – bebas ekspresi, asal ada aura rock!
Tiket?
Jualan akan bermula 4 Julai 2025, jam 11 pagi di laman rasmi 👉 www.ticket2u.com.my/mnasircipta3