PETALING JAYA – KL bakal jadi tumpuan dunia hujung Oktober ini!
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dan Presiden Brazil, Lula da Silva SAH akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur — buat kali PERTAMA dalam sejarah.
Teruskan MembacaYang power-nya, mereka dijemput sendiri oleh PM Anwar Ibrahim semasa lawatan rasmi ke Eropah dan Brazil, termasuk waktu beliau “berentap diplomasi” di Sidang Kemuncak BRICS baru-baru ini.
Kenapa Ini Besar?
📌 Itali & Brazil bukan ahli ASEAN — tapi tetap nak datang.
📌 ASEAN bukan sekadar sembang rantau, tapi kini bincang isu dunia:
– Ukraine 🇺🇦
– Gaza 🇵🇸
– Iran-Israel 🇮🇷🇮🇱
Bila dua pemimpin dunia sanggup datang, maksudnya dunia nampak Malaysia ni ‘center of diplomacy’ sekarang. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia nampak makin dihormati.
Anwar “Sound” BRICS?
Yes. Di Brazil, Anwar secara terbuka tegur BRICS – katanya ASEAN lagi padu bab kerjasama dan guna mata wang tempatan. Siap cadang BRICS tengok ASEAN sebagai contoh.
Lawatan Luar Negara = Membazir?
Tak semestinya!
Prof Azmi Hassan kata, kita tak boleh nilai lawatan Anwar ikut angka pelaburan semata-mata. Yang penting ialah:
✅ Keyakinan dunia terhadap Malaysia
✅ Hubungan dua hala makin kuat
✅ Imej negara makin naik
Malaysia bukan lagi pemain kecil. Dengan diplomasi aktif dan suara berani, kita makin dihormati di pentas antarabangsa. KL Oktober ini bakal jadi medan global!