MEMANDANGKAN harga makanan dan minuman di Bazar Ramadan saban tahun naik harganya, apa kata anda cuba sendiri memasak beberapa menu ringkas bagi menjimatkan perbelanjaan.
Bagi mereka yang bujang yang ada skill masakan yang baik, tidak menjadi masalah untuk menikmati makanan yang dimasak sendiri berbanding dengan mereka yang tak tahu masak dan bergantung dengan nasi bungkus untuk terus hidup.
Teruskan MembacaOleh itu KL Viral kongsikan lima resipi mudah untuk berbuka puasa khas buat si bujang semasa bulan ramadhan ini.
1. Sambal merah sosej
Mudah saja lauk ini kerana ia menggunakan satu bahan utama iaitu sosej. Masa KL Viral belajar dulu, lauk paling senang adalah sosej goreng dan nasi panas. Resepi ini memerlukan usaha untuk anda membuat sambal untuk sosej berkenaan.
2. Tauhu Sambal Tempe
Lauk ini sangat sesuai dimakan dengan nasi panas-panas. Tidak memerlukan kos yang tinggi kerana hanya menggunakan dua bahan utama yang tak sampai RM2 sebiji.
Lauk jenis ini tahan lama, kalau masak lebih, boleh simpan dan makan untuk sahur nanti.
3. Sambal Daging Burger
Selain sosej, daging burger pun boleh dijadikan bahan utama untuk lauk anda.
Disamping menjimatkan, ia memudahkan kerja anda kerana tidak mengambil masa yang lama untuk penyediaan sambal berkenaan.
4. Telur Masak Paprik
Rindu masakan thai? Mungkin anda perlu cuba masakan ini kerana hanya menggunakan telur sahaja.
Jauh lebih jimat kerana anda dapat menikmati masakan ala kedai thai walaupun tak sesedap masakan thai, tapi jadilah memandangkan kos yang perlu dikeluarkan tak tinggi mana.
5. Telur Goreng Masak Kicap
Ini menu paling ringkas yang anda boleh cuba. Kebiasaanya kita akan makan telur goreng dengan kicap sahaja sudah cukup. Tak salah kita letak ‘effort’ (usaha) sikit untuk menjadikan masakalan telur berkenaan lebih sedap dari biasa memandangkan cara membuatnya sangat ringkas. — KL Viral
Baca juga: