KUALA LUMPUR: PM Anwar Ibrahim umum berita gembira: semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan terima bantuan tunai one-off RM100 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.
Teruskan MembacaBantuan ni akan dikreditkan terus ke MyKad, dan boleh digunakan untuk beli barangan asas di lebih 4,100 kedai seluruh negara termasuk Mydin, Lotus’s, Econsave, 99Speedmart, dan banyak lagi.
Yang bestnya, tak kira pendapatan, semua orang dewasa layak. Satu keluarga pun boleh dapat lebih, contohnya kalau suami isteri dan dua anak dah 18 tahun ke atas, boleh dapat RM400 satu keluarga!
Tempoh guna bantuan ni dari 31 Ogos sampai 31 Disember 2025. Lepas tu, kalau tak digunakan, baki akan disalurkan semula untuk bantu golongan yang lebih memerlukan pada tahun 2026.
Kerajaan harap mereka yang mampu tak salah guna bantuan ni. Inisiatif ni adalah sebahagian dari usaha untuk bantu rakyat hadapi kos sara hidup yang makin tinggi.
Nice one, kerajaan MADANI!