PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tegas menitahkan kerajaan supaya gerakkan kempen antibuli besar-besaran, bermula dari sekolah rendah lagi.
Baginda ingatkan, buli bukan benda kecil ia boleh hancurkan mental, rosakkan emosi, malah bawa kepada tragedi.
Teruskan Membaca“Anak-anak mesti diajar dari kecil kenapa buli itu bahaya. Kita mahu mereka belajar hormat, sayang dan disiplin,” titah baginda.
Sultan Ibrahim juga sokong langkah kerajaan gubal Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 & Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 – bukti komitmen untuk #LawatBuli habis-habisan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pula sahut titah Agong dengan janji mesej antibuli akan disampaikan dalam cara yang mesra kanak-kanak & mudah faham.
Ringkasnya: Buli bukan “main-main”. Dari sekolah rendah lagi kena ajar, supaya generasi depan lebih beradab & berkasih sayang.