Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas segelintir netizen yang mendakwa dirinya menyunting gambar menggunakan filter.
Menerusi satu hantaran di Threads, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata beliau kurang senang dengan sikap segelintir warganet yang terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain.
Teruskan Membaca“Nak edit muka jadi bujur ke, tiga segi ke, macam alien ke, filter 10 inci ke, suka hati kitalah janji tak kacau orang. Gigih ada yang siap zoom cari salah. Gambar kita, dia pula yang tersakiti lebih,” tulisnya.
Pelakon drama Racun Rihanna itu menegaskan bahawa semua orang mahu kelihatan cantik dalam foto kerana ia akan menjadi kenangan yang kekal.
Terdahulu, beberapa pengguna media sosial mendakwa Intan menggunakan filter pada gambar percutiannya bersama suami dan anak di luar negara.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Imane Lunara, pada 15 Disember tahun lalu.