Kalau malam pertama dan kedua dah cukup ‘havoc’, malam ketiga Konsert GenKRU terus bakar semangat peminat kali ni bukan saja dari Malaysia, tapi sampai Arab Saudi, Filipina, Brunei, Singapura, London dan Los Angeles pun sanggup terbang!
Peminat ‘all out’, KRU pun tak kurang hebatnya. Bagi Edry Abdul Halim, semuanya bermula dengan satu niat nak buat konsert satu malam saja. Tapi bila nampak sambutan luar biasa dan peminat ‘battle’ sakan rebut tiket, mereka terus ubah fikiran.
Teruskan Membaca“Kita tengok ramai kecewa tak dapat tiket… rasa kesian. Ramai yang nak ulang zaman kegemilangan KRU, jadi kita bantu mereka imbas balik,” kata Edry masa sidang media.
Norman pula akui, dorongan peminat jadi kunci utama. “Memang tak pernah terfikir nak buat sampai empat malam, tapi bila tengok sambutan luar biasa, kami rasa bertanggungjawab untuk beri peluang tu.”
Tambah Edry, vibe nostalgia tu memang kuat luar stadium pun meriah dengan gambar lama, aktiviti throwback dan memori indah awal pembabitan KRU.
Iman Tang, penerbit dan pengarah konsert, pula bangga dengan skala mega GenKRU. “Artis luar boleh buat empat malam, kenapa tidak KRU? Kita buktikan artis tempatan pun boleh gegarkan pentas besar macam Axiata Arena,” katanya.
Yusry pun turut luah rasa syukur bila tengok crowd lebih 10,000 orang jauh lebih besar dari konsert-konsert lama mereka sebelum ni.
Paling win angka tak menipu. Menurut Iman, lebih 200,000 orang cuba masuk laman web beli tiket, sampai ‘crash’! Itu yang dorong mereka tambah malam keempat.
Konsert malam ketiga turut hangat dengan penampilan pelawak Abon yang menyamar jadi Adam AF, mencuit hati dan buat peminat bersorak. Tak cukup dengan itu, kemunculan lima penyanyi wanita legenda — Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie dan Shasha — terus naikkan mood dengan versi khas lagu “Awas”.
GenKRU Day3 memang padat dengan emosi, tenaga dan kejutan. Dan KRU dah janji — malam terakhir hari ini akan tutup tirai dengan ‘special guest’ yang masih dirahsiakan!