PETALING JAYA: Hari ni Kerajaan Madani mula agih Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 untuk 8.6 juta penerima di seluruh negara.
Teruskan MembacaBantuan bernilai RM2 bilion ni diberi untuk bantu rakyat berpendapatan rendah hadapi kos sara hidup. Penerima akan terima sehingga RM650, ikut kategori kelayakan masing-masing.
Kementerian Kewangan (MOF) kata jumlah penerima kali ni naik 300,000 orang berbanding Fasa 1 Januari lalu.
Bagi yang ada akaun bank, duit akan masuk terus. Kalau tak ada akaun, boleh ambil tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) ikut tarikh ditetapkan.
MOF juga ingatkan, STR bukan sekadar bantuan kewangan, tapi usaha bantu kukuhkan ekonomi rakyat dan pastikan semua dapat rasa faedah pembangunan negara.