KUALA LUMPUR: Satu lagi drama media sosial timbul bila seorang pengguna TikTok kantoi menyamar sebagai pakar bedah, siap dakwa kononnya dia terlibat dalam proses bedah siasat pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kata siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) sahkan individu tu bukan doktor pakar, malah bukan pun petugas kementerian.
Teruskan Membaca“Orang ni sebarkan macam-macam cerita tak sahih masa live TikTok sampai ramai percaya. Malangnya, konten tu jadi viral dan timbulkan kekeliruan,” jelas Fahmi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pun sahkan benda sama berdasarkan laporan rasmi daripada pakar forensik. Ketua pasukan forensik sendiri dah pastikan individu tu bukan siapa-siapa, dan semua cerita yang dibawa tu memang palsu.
Lebih pelik, akaun TikTok dia sekarang dah ditukar ke private mode, jadi susah pihak berkuasa nak kesan.
Fahmi juga ingatkan orang ramai jangan mudah percaya dengan cerita sensasi tanpa sumber jelas.
“Sebar maklumat palsu ni kesalahan serius, boleh kena denda sampai RM500,000,” katanya lagi.
Untuk rekod, Allahyarhamah Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu, selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar.