JOHOR BAHRU: Kisah sedih seorang murid lelaki 10 tahun yang sedang berjuang melawan kanser hidung jadi perhatian apabila dia mendakwa dibuli teruk sampai alami gegaran otak dalam kejadian di sebuah sekolah agama, Februari lalu.
Teruskan MembacaIbunya, Siti Suhana Misdi, 39, meluahkan rasa kecewa sebab pelaku yang baru 12 tahun dikatakan tak kena apa-apa tindakan dengan alasan masih bawah umur.
“Anak saya bukan setakat dipukul dan ditendang, tapi kepala dihentak, malah dipaksa berbogel oleh budak Darjah Enam tu. Dia kena dirawat di hospital swasta hampir dua minggu dan doktor sahkan gegaran otak. Saya pun hanya tahu cerita sebenar bila anak perempuan saya sendiri buka mulut sebab risau tengok keadaan adik dia,” katanya.
Menurut Siti Suhana, laporan polis pertama dibuat di Balai Polis Taman Universiti lepas anaknya keluar hospital.
Namun malangnya, insiden sama berulang lagi, kali ni pada 7 Ogos di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai, melibatkan individu berbeza.
“Saya pun tak faham kenapa anak saya asyik jadi mangsa. Mungkin orang nampak dia lemah sebab penyakit. Dia dah dua tahun kena kanser hidung, sekarang Alhamdulillah dah pulih 80 peratus, cuma masih ada simptom sikit-sikit lepas rawatan,” jelasnya sambil maklumkan laporan polis kedua juga sudah dibuat.
Sementara tu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin kata pihaknya dengan JPN Johor sedang siasat kes ni dan akan ambil tindakan lanjut.