Akhirnya terjawab teka-teki . Pelakon kacak, Fattah Amin dan penyanyi manis, Amira Othman umum mereka bakal bernikah pada 14 September ini di Johor.
Berita gembira itu bukan saja buat peminat teruja, tapi juga rakan-rakan rapat yang dah lama tahu tentang hubungan pasangan ini. Memang ramai yang tumpang bahagia tengok mereka bakal ke jinjang pelamin.
Teruskan MembacaMenerusi TikTok, tular temubual dengan pengurus Fattah, iaitu Acah. Dalam ucapan ringkas tapi penuh makna, Acah doakan agar Fattah dan Amira dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti serta sentiasa menjaga anak Fattah, iaitu Fatima. Malah, Acah percaya Amira akan jadi “step-mother” yang sangat baik buat Fatima.