KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Datuk Seri Siti Nurhaliza, angkat suara semula berkenaan isu artis wanita Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza. Bagi Siti, tindakan mereka adalah satu pengorbanan besar dan sangat wajar dihormati.
Teruskan MembacaMenurut Siti, daripada kita cepat-cepat mengkritik, lebih baik kita mendoakan mereka yang turun ke zon konflik, itu jauh lebih afdal. Dia mengakui, pergi ke Gaza bukanlah mudah; mempertaruhkan keselamatan sendiri adalah sesuatu yang bukan semua orang mampu.
“Kerja jihad ini mempertaruhkan nyawa sendirI, kita di Malaysia doakan saja yang terbaik. Itu lebih afdal daripada kita pertikaikan tindakan mereka.”
Tambahnya lagi, mereka yang diberi peluang dan keberanian untuk membantu secara langsung berada dalam posisi yang istimewa dan patut mendapat sokongan penuh rakyat.
Siti juga ingatkan kita bahawa setiap orang ada cara mereka sendiri untuk membantu. Ada yang aktif ke Gaza, ada yang berdonasi senyap, ada yang berdoa di rumah. Semua pun boleh jadi sumbangan kerana bukan semua orang mampu tunjuk aksi di media sosial.
“Jangan cepat sangat menghukum,” katanya.
Di samping itu, Siti menekankan bahawa keputusan penglibatan artis dalam misi sebegini juga melibatkan izin dari keluarga dan orang terdekat, serta pertimbangan keselamatan hakiki.