KUALA LUMPUR: Peminat Afgan di Malaysia ada berita menyeronokkan! Penyanyi tersohor dari Indonesia ini akan kembali tampil di pentas Malaysia melalui persembahan istimewa bertajuk “Afgan Retrospektif Showcase” pada 5 Disember di Zepp Kuala Lumpur.
Teruskan MembacaPersembahan ini disambut bersamaan pelancaran album terbaru Afgan, juga berjudul Retrospektif. Menurut Afgan (Afgansyah Reza), tajuk tersebut dipilih kerana ia melambangkan refleksi terhadap perjalanan hidup dan kerjayanya selama ini.
Apa yang menarik, album ini adalah album penuh berbahasa Indonesia pertama Afgan selepas tujuh tahun. Dalam temu bual, dia berkata:
“Makna Retrospektif bagi saya adalah momen untuk melihat kembali apa yang sudah terjadi di masa lalu, menjadikannya bahan pelajaran untuk terus berkembang sebagai manusia yang lebih baik.”
Afgan juga menegaskan bahawa Malaysia memegang tempat istimewa di hatinya. Dia menganggap sokongan di sini amat luar biasa, dan melalui showcase ini, dia mahu peminat Malaysia merasai pengalaman langsung lagu-lagu baru dari album Retrospektif.
Penganjur konsert ini, Renjana Idea, menyatakan mereka amat bangga dapat membawa Afgan kembali ke pentas Malaysia. Mereka percaya showcase ini bukan sekadar persembahan hiburan semata-mata, tetapi sebuah pengalaman emosi yang akan menghubungkan peminat melalui karya seni Afgan yang sudah lama dinantikan.
Tiket sudah dijual sejak 1 Oktober, dengan harga bermula RM 358 hingga RM 1,398. Siapa peminat Afgan jangan lupa untuk mark kalendar ya!