Nama Juliana Azman Banos kembali jadi bualan bila penyanyi dan pelakon era 90-an itu muncul semula di media sosial untuk latihan Konsert GenKru The Finale baru-baru ini.
Teruskan MembacaMenurut Juliana, kemunculan semula itu sebenarnya bukan dirancang. KRU dah lama ajak, tapi yang paling kuat mendorong adalah permintaan anak-anaknya sendiri yang nak tengok ibu mereka kembali menyanyi atas pentas.
“Saya sebenarnya dah bersara, tapi kali ni sebab KRU lama ajak dan anak pun nak tengok mama dia nyanyi,” katanya kepada portal Boom.
Juliana juga jelaskan comeback ini sekadar projek khas dan bukan tanda dia akan aktif semula dalam dunia hiburan.
“Kalau tak sebab ni, memang tak muncul kot,” selorohnya.
Selepas berkahwin, Juliana lebih banyak menyepi kerana fokus pada keluarga sepenuhnya. Dia kini ibu kepada tiga anak berusia 12 hingga 18 tahun dan kehidupannya lebih berkisar kepada rutin harian bersama anak-anak.
“Hantar anak sekolah, luang masa dengan keluarga, itu je. Anak-anak adalah keutamaan saya,” katanya.
Ditanya sama ada rindu kehidupan glamor sebagai selebriti, Juliana jawab ringkas, dia lebih selesa dengan kehidupan sekarang yang lebih tenang dan penuh privasi.
Kemunculannya di pentas nanti jadi tanda nostalgia untuk peminat lama, khususnya yang ikut perjalanan seni Juliana di era 90-an dan hubungan rapatnya dengan KRU.
Comeback ini sekaligus jadi bukti kadang-kadang semangat seorang artis boleh dihidupkan semula, bila anak-anak sendiri jadi pendorong terbesar.
















