KUALA LUMPUR: Platform permainan dalam talian popular Roblox tampil beri jaminan akan tingkatkan tahap keselamatan pengguna muda, termasuk di Malaysia selepas timbul kebimbangan tentang pengaruh permainan digital terhadap kanak-kanak.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pihak Roblox sendiri menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memastikan platform itu kekal selamat dan sesuai untuk pemain bawah umur.
Teruskan Membaca“Sebagai seorang menteri, dan juga seorang ibu, saya memang risau bila tengok ada permainan dalam talian yang boleh mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak,” kata Hannah dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Roblox yang kini ada lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia (dan lebih sejuta dari Malaysia) katanya akan menggunakan gabungan teknologi AI serta pemantauan manusia sebenar untuk tapis dan pantau kandungan yang tak sesuai di platform mereka.
Bukan itu sahaja, Roblox juga bersetuju untuk jalinkan kerjasama rasmi dengan kerajaan Malaysia dalam hal perkongsian data, pematuhan undang-undang tempatan dan garis panduan keselamatan digital.
Hannah dalam kenyataannya juga tekankan yang dunia digital sekarang kena dibentuk jadi ruang selamat dan mendidik, bukan semata-mata tempat untuk hiburan.
“Kita nak dunia digital yang bukan saja menyeronokkan, tapi juga mampu bina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang,” katanya lagi.
Langkah ni sememangnya disambut baik ramai pihak sebab jelas menunjukkan usaha serius kerajaan dan platform global macam Roblox untuk lindungi kanak-kanak dalam dunia maya yang semakin luas dan kompleks.















