KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat, Jasmin Suraya, tak sangka sama sekali filem lakonannya bakal terbang ke pentas dunia apabila diumumkan sebagai wakil rasmi Malaysia ke Anugerah Oscar ke-98.
Teruskan MembacaFilem berjudul Delusion yang diarahkan oleh Muzzamer Rahman itu kini mencipta sejarah tersendiri selepas berjaya menarik perhatian pengkritik filem antarabangsa.
Jasmin yang membawa watak khunsa, mengakui dia sendiri terkejut bila dapat tahu filem tersebut dipilih untuk mewakili negara.
“Saya memang tak sangka. Bila dapat tahu, terus terdiam. Usaha saya mendalami watak itu ternyata berbaloi,” katanya.
Menurut Jasmin, dia banyak membuat kajian mendalam tentang isu identiti dan emosi watak, malah menghabiskan masa berbulan-bulan untuk benar-benar menghayati peranan itu.
“Saya cuba faham perspektif dan konflik dalaman watak ini supaya lakonan nampak real. Saya bersyukur sebab semua penat lelah akhirnya dihargai,” ujarnya lagi.
Filem Delusion sebelum ini turut ditayangkan di beberapa festival antarabangsa dan menerima respon positif kerana keberanian mengetengahkan tema sensitif dengan cara yang matang.
Ramai peminat dan rakan industri juga tumpang bangga dengan pencapaian Jasmin dan seluruh produksi filem tersebut.
Semoga Delusion terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia!
















