Nama Daiyan Trisha sekali lagi jadi bualan, bukan kerana karya seni atau fesyen, tapi gara-gara isu tak masuk akal apabila wujud akaun palsu yang menyebarkan dakwaan palsu kononnya dia telah keluar daripada agama Islam.
Teruskan MembacaPerkara itu ternyata membuatkan pelakon dan penyanyi berbakat ini berasa sangat kecewa dan tertekan. Lebih menyakitkan hati, akaun palsu berkenaan didakwa masih aktif walaupun telah beberapa kali dilaporkan.
Menerusi media sosial, Daiyan meluahkan rasa kesal apabila identitinya disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu yang sangat sensitif.
Menurut Daiyan, akaun tersebut bukan sahaja menggunakan nama dan gambarnya tanpa kebenaran, malah sengaja menyebarkan cerita yang boleh menjejaskan reputasi dan maruah dirinya.
“Akaun palsu itu guna nama saya, gambar saya dan sebarkan benda yang saya langsung tak pernah cakap. Tolonglah, hentikan,” luahnya.
Apa yang lebih mengecewakan, walaupun sudah berkali-kali akaun itu dilaporkan, ia seolah-olah ‘hidup semula’ dengan akaun baharu, membuatkan Daiyan mengakui dirinya sudah penat berperang dengan penipuan di dunia maya.
Disebabkan itu, dia meminta orang ramai agar turut membantu melaporkan akaun palsu tersebut supaya tidak ramai terus terpedaya dengan dakwaan tidak berasas.
Netizen juga rata-rata tampil memberi sokongan kepada Daiyan. Ramai meluahkan rasa marah dengan sikap individu tidak bertanggungjawab yang sanggup menjadikan agama sebagai bahan fitnah demi perhatian dan sensasi.
“Tak masuk akal orang boleh buat cerita isu agama macam ni,”
“Semoga Daiyan terus kuat, ini semua fitnah kejam,”
“Itulah bahaya akaun palsu, boleh rosakkan hidup orang,” antara komen yang membanjiri ruangan media sosialnya.
Isu ini sekali lagi membuka mata ramai tentang betapa bahaya kewujudan akaun palsu di media sosial. Bukan sekadar menyebarkan berita tidak benar, malah boleh memberi kesan besar terhadap emosi, kerjaya dan maruah seseorang.
Semoga isu ini segera diselesaikan dan pelaku dikenakan tindakan sewajarnya. Dalam masa yang sama, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dan sebarkan sesuatu berita tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.
















