Pelakon Kamal Adli nampaknya masih dalam proses menata semula hidupnya selepas bercerai dengan Uqasha Senrose baru‑baru ini. Walaupun cuba kelihatan tenang di set penggambaran, hakikatnya perasaannya masih bergelut.
Teruskan Membaca“Saya tak boleh tipu diri sendiri… memang saya koyak,” kata Kamal dengan jujur tentang apa yang sedang dia lalui. Kesannya bukan sekadar emosi, selera makan dia pun hilang, sehingga berat badan turun mendadak. Walaupun dia selamba gurau kata tengah “diet”, hakikatnya itu bukan sesuatu yang dia pilih sendiri.
Bila pulang ke rumah, Kamal lebih suka menyendiri, ambil masa untuk berfikir, solat dan cuba healing sendiri. Namun, kerja tetap menjadi penyelamatnya. Rutin di set membantu dia alihkan fikiran, dan rakan‑rakan sekerja yang ceria serta sensitif terhadap peribadinya banyak membantu dia rasa lebih selesa.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha berkahwin pada November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira. Pasangan ini sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Walaupun melalui fasa yang sukar, Kamal tetap positif dan perlahan‑lahan cuba bangkit, fokus pada kerja dan kehidupan seharian. Dia berharap, masa akan membantu dia sembuh dan kembali kuat demi dirinya dan anaknya.
















