Pelakon cantik dan berbakat, Mira Filzah, baru-baru ini berkongsi azam tahun 2026 yang buat ramai netizen senyum sambil angguk setuju. Kali ini, Mira nak jadi lebih selektif dalam memberi kebaikan kepada orang sekeliling.
Teruskan MembacaMenerusi hantaran di Threads, Mira menulis bahawa dia mahu simpan tenaga dan kebaikan hanya untuk mereka yang benar-benar menghargainya. “Untuk tahun 2026, saya memilih untuk memberikan kebaikan saya hanya kepada orang yang layak dan tahu menghargainya dengan ucapan terima kasih. Saya perlu menjadi lebih selektif,” kongsi Mira.
Dia juga menekankan bahawa langkah ini bukan bermaksud dia mementingkan diri, sebaliknya satu cara untuk menjaga diri sendiri daripada mudah diambil kesempatan oleh orang yang tidak menghargai.
Selain fokus pada karier, Mira nampaknya mahu tahun baharu ini lebih kepada kehidupan yang bermakna dan hubungan yang tulus, daripada hanya ikutkan semua permintaan orang.
Kalau ikut trend sekarang, nampaknya Mira jadi inspirasi ramai untuk lebih bijak pilih orang dalam hidup. Memang tepat waktunya nak mula tahun baru dengan sikap lebih positif dan penuh kesedaran!
















