Terkini

Gaya Y2K jadi tema, Anna Jobling bersaing dengan Siti Nurhaliza antara yang ‘panas’ di GMWA23

Anugerah Gempak Most Wanted (GMWA23) tentu menjadi antara acara yang dinantikan lebih-lebih lagi membaris ramai wajah pucuk muda, tidak mengira sama ada selebriti atau pempengaruh media sosial.

Anugerah berprestij itu diadakan bertujuan untuk mengiktiraf bakat-bakat pencipta kandungan digital (Digital Content Creator) yang menjadi inspirasi dan dorongan kepada masyarakat.

Ketua Kandungan Studio Astro, Syazwan Zakariah berkata, konsep Y2K diangkat sebagai tema yang ingin mengembalikan fesyen dan muzik pada tahun 2000.

“Jika dilihat kembali, trend pada zaman dahulu, perkara paling banyak pencarian ialah tentang Y2K. Kita dapat lihat menerusi platform media sosial TikTok, Instagram dan sebagainya banyak menggunakan tanda pagar (hashtag) tentang Y2K.

“Jadi saya rasa tahun 2000 adalah tahun permulaan evolusi digital. Pada tahun lepas, kita buat tema berwarna terang (vibrant) dan estetik maka, tahun ini kita nak kembalikan era 2000 dan pilih konsep Y2K sebagai tema,” katanya.

Dalam masa yang sama, top 5 calon yang tersenarai bagi sembilan kategori telah diumumkan menerusi undian fasa pertama pada 30 November hingga 30 Disember lalu.

SELEBRITI DIGITAL TERGEMPAK 2023:
1. Amir Ahnaf
2. Datuk Seri Siti Nurhaliza
3. Anna Jobling
4. Meerqeen
5. Amir Masdi

VIDEO TERGEMPAK 2023:
1. TikTok Naim Daniel
2. TikTok @JEMBLENGGG
3. Tiktok @MIKHAILIMAAN
4. TikTok @DAVIDVID23
5. TikTok @AIZTSAHA

DRAMA TERGEMPAK 2023:
1. From Saga With Love
2. Hijrah Jannah
3. Melur untuk Firdaus 2
4. My Famous Ex-Boyfriend
5. Projek High: Council

VIDEO MUZIK TERGEMPAK 2023:
1. Damelo – Dolla
2. Kudrat – Sekumpulan Orang Gila (SOG) X Naim Daniel
3. Look At This – Dolla
4. Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali
5. Waktu – Hasif Upin dan Ziana Zain

LAGU/AUDIO TERGEMPAK 2023:
1. Ayuh – Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri
2. Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
3. Macik Dodoi – @chemass_kaklong
4. Pergilah Cinta – Danial Kifli
5. Test Drive – Firdaus Rahmat

GAMER TERGEMPAK 2023:
1. TikTok @AKIFISKANDAR_
2. TikTok @FLUFFIIEE
3. TikTok @KAMBINGGOLEKYT
4. TikTok @_POK_RO
5. TikTok @TYA.EDROS

DIGITAL CONTENT CREATOR (HIBURAN) TERGEMPAK 2023:
1. Faisal Suhaimi – @FAISAL.SUHAIMI
2. Farihi Narnia – @FARIHINARNIA
3. Forepp – @FOREPPPPP
4. Linda Said – @WANITABERMISAI
5. Rahman Chea – @RAHMANCHEA

DIGITAL CONTENT CREATOR (MOTIVATOR) TERGEMPAK 2023:
1. Aminahtul Mardiah
2. Dr Shay Shazril
3. Dr Syed Aliff Fauzan
4. Mashy
5. Muhammad Noor

DIGITAL CONTENT CREATOR (LIFESTYLE) TERGEMPAK 2023:
1. Amin & Abid – @AMINXABID
2. Auntie Purple – @AUNTIEPURPLE248
3. Che Nom – @CHENOM_TIKTOK
4. Nelysa Norazlan – @NELYSA_NORAZLAN
5. Ow To The Zie – @OZZIEMANAN

Dalam masa yang sama, selain calon top 5 GMWA23, barisan selebriti antaranya, Amelia Henderson dan Sean Lee dipertanggungjawabkan sebagai hos manakala acara mingguan Gempak Most Wanted pula ialah Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Undian boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari hingga 25 Februari tahun ini. KL VIRAL

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top