PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mendakwa masyarakat India di Malaysia tidak setia kepada negara baru-baru ini.
Anwar menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak relevan yang keluar dari mulut bekas Perdana Menteri itu setelah lama mentadbir negara.
Teruskan Membaca“Dr Mahathir dikenali dengan kenyataan yang berunsur perkauman seperti itu. Dengan tegas saya katakan ianya tidak relevan dan tidak bertanggungjawab daripada seseorang yang pernah mentadbir negara sebelum ini.
“Baginya orang melayu malas, melainkan dirinya. Manakala orang India dan Cina dianggap kurang setia melainkan beberapa kroninya sendiri.
“Kenyataannya itu harus dibantah keras dan kesemua rakyat yang setia harus dihormati,” kata Anwar.
Selain itu, Anwar turut berkata, kenyataan Dr Mahathir itu merupakan langkah untuk mengalih perhatian terhadap inisiatif kerjaaan dalam emmbanteras rasuah, usaha mendigitalkan Malaysia dan ikhtiar peralihan tenaga.
Dr Mahathir telah difahamkan mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara kerana terikat dengan negara asal.
Sebelum ini, Anwar telah menghadiri Majlis Peluncuran ‘Program Artificial Intelligence (AI) untuk Rakyat Serdang pada Selasa lalu. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Baca juga: