Filem animasi tempatan Papa Zola The Movie terus mencipta fenomena apabila berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM59.8 juta di Malaysia, sekali gus membuktikan karya animasi tempatan mampu bersaing dan menawan hati penonton pelbagai peringkat usia.
Teruskan MembacaKejayaan ini menjadikan Papa Zola antara filem animasi tempatan paling laris setakat ini, dengan sambutan luar biasa sejak hari pertama tayangan. Bukan sahaja kanak-kanak, malah golongan dewasa dan seisi keluarga turut memenuhi pawagam untuk menyaksikan kisah penuh humor, emosi dan nilai kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan seharian.
Gabungan jalan cerita santai, dialog mencuit hati serta mesej positif menjadikan Papa Zola mudah diterima penonton. Ramai yang memuji kualiti animasi yang semakin matang, selain karakter yang ‘hidup’ dan menghiburkan.
Lebih membanggakan, kejayaan filem ini tidak terhenti di Malaysia sahaja. Papa Zola The Movie turut mencatat kutipan memberangsangkan di Brunei, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kutipan menghampiri RM60 juta.
Filem ini juga dijangka melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa apabila bakal ditayangkan di beberapa negara termasuk Indonesia, India, Vietnam serta pasaran Timur Tengah dalam masa terdekat.
Kejayaan Papa Zola The Movie bukan sahaja membanggakan industri animasi tempatan, malah menjadi bukti bahawa karya buatan Malaysia mampu mencipta impak besar dan diterima di peringkat global. Jika masih belum menonton, mungkin inilah masanya untuk turut sama merasai fenomena Papa Zola di pawagam.
















