ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan bakal perkenalkan ujian saringan diagnostik khas untuk menilai kanak-kanak berusia enam tahun sebelum mereka boleh masuk Tahun Satu bermula sesi 2027.
Teruskan MembacaMenteri Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek, menjelaskan hanya anak-anak yang lulus ujian ini dan memenuhi kriteria tertentu akan dipertimbangkan untuk kemasukan awal. Jadi, ibu bapa yang berminat perlu daftarkan anak untuk ujian ini, dengan info lanjut dijangka diumumkan kelak.
Fadhlina turut menegaskan bahawa kemasukan Tahun Satu pada usia enam tahun adalah pilihan, bukan wajib. Ini bermakna ibu bapa boleh buat keputusan ikut kesediaan anak masing-masing.
Tambah beliau, kementerian sudah buat kajian dan mendapati bilangan guru, sekolah, dan kemudahan mencukupi untuk menampung pendaftaran murid tambahan di sekolah terpilih sahaja. Jadi, program ni tak melibatkan semua sekolah, cuma yang ada kapasiti dan sokongan lengkap sahaja.
Dengan langkah ini, kementerian berharap proses pembelajaran awal berjalan lancar, sambil memastikan kualiti pendidikan tetap terjaga dan anak-anak mendapat sokongan yang cukup.















