Terkini

DBKL roboh 3 struktur kekal berbumbung dibina tanpa permit sah

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melakukan tindakan roboh tiga struktur kekal berbumbung yang dibina tanpa permit sah di Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan pada hari Rabu.

Selain merobohkan struktur berkenaan, pihak DBKL turut memindah halangan dan menyita beberapa barangan yang mengganggu laluan disitu.

“Antara barangan yang disita termasuk stall kayu, batang besi, batang aluminum dan pelbagai barangan lain.

“Kesemua barangan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan dokumentasi,” kata kenyataan yang dikeluarkan DBKL.

Tindakan roboh dan menyita berkenaan dilakukan menurut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Pihak DBKL turut menyatakan bahawa tindakan dan pemantauan akan dijalankan secara berterusan melalui siri-siri tindakan di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tindakan tersebut juga adalah inisiatif yang dilakukan oleh pihak DBKL menerusi Jabatan Peguatkuasaan, Pejabat Cawangan Seputeh dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top