Selepas kali terakhir bertemu peminat Malaysia pada September 2023 menerusi konsert DEWA 19: A Night At The Orchestra – Chapter 5, kumpulan legenda Indonesia DEWA 19 akhirnya kembali mengubat rindu para peminat. Sudah tiga tahun berlalu, dan pastinya ramai BalaDewa yang dah lama “kangen” nak menyanyi sama-sama lagu-lagu cinta ikonik mereka.
Tahun 2026 menyaksikan DEWA 19 kembali dengan konsert istimewa bertajuk DEWA 19, CintaKu TerTinggal Di Malaysia yang bakal berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil. Konsert ini dijangka menjadi antara persembahan paling dinanti peminat muzik Indonesia di Malaysia.
Teruskan MembacaLebih menarik, konsert kali ini bakal menampilkan tiga vokalis utama DEWA 19 iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe atau lebih dikenali sebagai Ello. Turut bersama ialah drummer kegemaran ramai, Tyo Nugros yang pasti akan menghangatkan pentas dengan aksi bertenaga.
Bukan itu saja, penganjur Icon Entertainment turut membawakan kejutan khas apabila band popular Indonesia Padi Reborn bakal tampil sebagai artis jemputan istimewa. Ini merupakan kali pertama DEWA 19 dan Padi Reborn berkongsi satu pentas di Malaysia, sesuatu yang pastinya membuatkan BalaDewa dan Sobat Padi lebih teruja.
Konsert ini dijangka dipenuhi lagu-lagu hit yang pernah menjadi soundtrack kehidupan ramai peminat, dari lagu cinta penuh emosi hinggalah lagu rock yang buat satu arena menyanyi bersama.
Info Konsert:
DEWA 19 – CintaKu TerTinggal Di Malaysia
6 Jun 2026 (Sabtu)
8.00 malam
Axiata Arena, Bukit Jalil
Barisan Artis:
- DEWA 19 bersama Ari Lasso, Virzha & Ello
- Tyo Nugros
- Penampilan khas: Padi Reborn

Harga Tiket:
- RM236 – Atas Nama Cinta
- RM288 – Bala Sobat (Standing)
- RM388 – Pengeran Cinta
- RM428 – Laskar Cinta
- RM488 – Sedang Ingin Bercinta (Free Concert T-shirt)
Tiket akan mula dijual pada 27 Februari 2026 (Jumaat), jam 11 pagi.
Bagi BalaDewa dan Sobat Padi, inilah masa untuk jadi “Dewi” atau “Mahadewi” dan kembali menyanyi bersama lagu-lagu nostalgia yang tak pernah lapuk dek zaman. Kalau anda membesar dengan lagu DEWA 19 atau Padi, konsert ini memang wajib masuk wishlist 2026.
Oh jangan lupa, dress code simple je, T-shirt band original! Jumpa nanti!

#dewa19 #padireborn #cintakutertinggaldimalaysia #dewa19xpadireborn
















