Pelakon berbakat besar, Bront Palarae, menyifatkan skrip filem TARUNG: Unforgiven sebagai antara yang terbaik pernah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Bront, kekuatan jalan cerita menjadi faktor utama dia bersetuju untuk terlibat dalam filem arahan Razaisyam Rashid itu. Malah, dia mengakui terus tertarik sebaik sahaja membaca skrip kerana jalan ceritanya yang disifatkan cukup kuat dan berbeza daripada naskhah lain.
Teruskan MembacaDalam filem ini, Bront membawakan watak Khalid, seorang lelaki berpengaruh yang hidup dalam kemewahan, namun memiliki sisi gelap seperti tamak dan licik. Watak tersebut dilihat mempunyai lapisan emosi tersendiri yang memberi cabaran berbeza buatnya sebagai pelakon.
Tambahnya lagi, walaupun filem ini mungkin dilihat seperti sarat dengan mesej tertentu, hakikatnya jalan cerita lebih memfokuskan kepada elemen kemanusiaan serta hubungan kekeluargaan, dan bukan bertujuan menyindir mana-mana pihak.
Selain berlakon, Bront turut memegang peranan sebagai penerbit untuk filem aksi berkenaan yang dijangka menemui penonton di pawagam bermula 7 Mei 2026.
Dengan kekuatan skrip dan barisan pelakon yang mantap, TARUNG: Unforgiven dilihat berpotensi menjadi antara naskhah yang dinanti-nantikan tahun ini.
















