Orang ramai diminta bersiap sedia kerana cuaca tak menentu bakal bermula! Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan fasa Peralihan Monsun akan bermula 29 Mac ini dan dijangka berlarutan hingga Mei 2026.
Maksudnya? Monsun Timur Laut yang bermula sejak November tahun lalu kini dah sampai penghujungnya.
Teruskan MembacaMenurut Ketua Pengarah MET Malaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, tempoh peralihan ini biasanya bawa hujan lebat dalam masa singkat, siap dengan angin kencang terutamanya waktu petang sampai awal malam.
Sepanjang tempoh ini juga, angin akan bertiup lemah dari pelbagai arah, yang boleh menyebabkan ribut petir mudah terbentuk.
Kawasan yang dijangka terkesan termasuk bahagian barat dan pedalaman Semenanjung, serta barat Sabah dan Sarawak.
Apa yang perlu risau? Keadaan ini boleh cetuskan banjir kilat, pokok tumbang, malah kerosakan pada struktur yang tak kukuh.
Jadi, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan perkembangan cuaca semasa.
Untuk info terkini, boleh semak di laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca atau media sosial rasmi mereka.
Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638.
















