Perkongsian terbaru pelakon Isa Khan di Instagram baru-baru ini buat ramai peminat terdiam sekejap. Dalam hantaran itu, Isa memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang cukup mendalam, seolah-olah memberi bayangan tentang sesuatu yang berlaku dalam hidupnya.
Teruskan MembacaApa yang paling mencuri perhatian? Tarikh “2019 – 2026” yang ditulisnya, seakan memberi petunjuk tentang tempoh sesuatu hubungan. Dalam kapsyen itu, Isa turut menulis bahawa kebahagiaan yang disangka akan kekal selamanya rupanya hanyalah “tempat persinggahan sementara”.
Tak hairanlah, ruangan komen terus dipenuhi dengan pelbagai reaksi peminat. Ada yang risau, ada yang mula meneka maksud sebenar kapsyen tersebut, adakah ia ada kaitan dengan rumah tangganya bersama pelakon Nur Risteena Munim?
Setakat ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Isa atau Risteena untuk menjelaskan maksud sebenar perkongsian itu. Peminat hanya mampu menunggu dan berharap semuanya berada dalam keadaan baik.
Kalau baca kapsyen macam tu, memang ramai yang mula berteka-teki. Apa pun, kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka.
















