Nampaknya hubungan antara Bella Astillah dan Syed Saddiq terus jadi perhatian ramai, lagi-lagi bila makin banyak “hint” yang buat netizen mula rasa sesuatu besar bakal berlaku.
Bermula dengan perkongsian daripada rakan artis dan individu terdekat, ramai mula mengaitkan bahawa pasangan ini mungkin sedang merancang ke arah satu majlis istimewa. Apa yang buat peminat lagi tak duduk diam, bila ada yang seakan beri bayangan tentang tarikh, dikatakan sekitar seminggu selepas Hari Raya.
Teruskan MembacaBeberapa nama dalam industri hiburan pun secara tak langsung ‘menghidupkan’ lagi spekulasi ini. Ada yang berkongsi tentang persiapan baju khas untuk satu majlis, malah ada juga dakwaan ahli keluarga terdekat sedang membuat persiapan tertentu menjelang hujung Mac.
Netizen pula memang pantas ‘cantum puzzle’. Dari satu petunjuk ke satu petunjuk, semuanya dikaitkan hingga ramai yakin kemungkinan besar ada berita gembira yang bakal diumumkan.
Di media sosial, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tak sabar. Malah, ramai yang mendoakan agar jika benar ada perancangan ke arah itu, segalanya dipermudahkan.
Setakat ini, Bella dan Syed Saddiq masih belum tampil dengan sebarang pengesahan. Tapi dengan ‘clues’ yang makin banyak muncul, aura bakal berlangsungnya sesuatu yang istimewa tu memang makin kuat terasa.
Apa pun, kalau betul jadi kenyataan, memang boleh jangka satu Malaysia akan kecoh!
















