Spekulasi mengenai tarikh perkahwinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah terus menjadi bualan hangat, namun Ahli Parlimen Muar itu memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut buat masa ini.
Selepas mengumumkan pertunangan mereka sebelum ini, ramai peminat mula tertanya-tanya bila pasangan tersebut akan melangkah ke fasa seterusnya. Namun menurut Saddiq, soal perkahwinan adalah perkara peribadi yang perlu dijaga dengan baik.
Teruskan MembacaKatanya, dia sememangnya mempunyai niat ke arah itu, tetapi belum bersedia untuk mendedahkan sebarang perancangan secara terbuka.
“Saya memang ada niat, tapi buat masa ini biarlah saya kunci mulut dulu,” ujarnya ringkas.
Tambahnya lagi, hal berkaitan perkahwinan bukan hanya melibatkan dirinya sahaja, tetapi juga pasangan serta kedua-dua keluarga. Justeru, dia merasakan lebih baik perkara tersebut diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.
Dalam masa sama, Saddiq turut berharap orang ramai dapat menghormati ruang privasi mereka walaupun hubungan itu menjadi perhatian umum.
Sejak kisah cinta mereka mula mendapat perhatian termasuk momen lamaran yang mencuri tumpuan pasangan ini sering menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Buat masa ini, tarikh perkahwinan masih menjadi tanda tanya, namun peminat nampaknya perlu bersabar menantikan pengumuman rasmi daripada pasangan tersebut.
















