Penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya bersuara mengenai beberapa isu yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini, termasuk video kejutan hari lahir ibunya serta penampilannya di sebuah program yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
Bagaimanapun, Bella memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai perkara tersebut dan menerima setiap pandangan yang diberikan dengan hati terbuka.
Teruskan MembacaMenurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia menghargai setiap teguran dan akan menjadikannya sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
“Apa-apa yang terjadi, sudah pun terjadi. Jadi kita teruskan saja dan cuba buat yang lebih baik selepas ini.
“Terima kasih kepada semua yang ambil berat,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai imej dan penampilannya, Bella mengakui setiap pengalaman yang dilalui memberi ruang untuk dirinya memperbaiki kekurangan yang ada.
Dalam masa sama, Bella turut berterima kasih kepada pelawak Harith Iskander yang sebelum ini memberikan pandangannya mengenai isu tersebut.
“Saya ada tengok video itu. Terima kasih kepada Harith Iskander.
“Saya memang tidak mengenalinya secara peribadi, tetapi bagi saya perkara itu sudah berlalu. Bila dibangkitkan semula, rasa macam mengungkit kembali cerita lama.
“Apa pun, insya-Allah saya akan perbaiki apa yang perlu selepas ini,” ujarnya.
Walaupun berdepan pelbagai reaksi daripada netizen, Bella dilihat memilih untuk mengambil setiap teguran secara positif dan menjadikannya sebagai motivasi untuk terus memperbaiki diri.
















