“Pernah duduk penjara? Jangan risau. Ini peluang anda bangkit!” – Aaron Aziz
Pelakon tersohor, Datuk Aaron Aziz, buat kejutan apabila menjemput bekas banduan dan pelajar Sekolah Henry Gurney untuk hadir sesi uji bakat lakonan bagi projek terbaharu syarikat produksinya!
Teruskan MembacaDalam satu video di Instagram, Aaron, 49, tampil dengan mesej padu:
“Saya akan bantu anda. Jangan biar masa silam tentukan masa depan. Datang ke uji bakat saya.”
📅 Butiran Uji Bakat:
🗓️ Jumaat | 5 Julai 2025
🕐 1.00 tengah hari – 9.00 malam
📍 Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam
👤 Lelaki berusia 16 – 50 tahun
📸 Bawa sekeping gambar passport
Terbuka kepada semua bangsa & latar belakang.
Ramai netizen puji inisiatif Aaron yang dilihat sebagai satu langkah berani, inklusif dan penuh harapan.
💬 “Bukan semua berani beri peluang kedua. Terbaik Aaron!”
💬 “Inilah contoh selebriti guna platform untuk ubah hidup orang lain.”
Semoga usaha ini jadi sinar baru buat mereka yang ingin berubah dan kembali menyumbang secara positif kepada masyarakat.
Nak bangkit? Inilah peluangnya. Jangan lepaskan!