KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai ketua geng samun dan pecah rumah paling aktif di Lembah Klang akhirnya kecundang selepas berbalas tembakan dengan polis awal pagi tadi di kawasan elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Teruskan MembacaLelaki berusia 36 tahun itu maut dalam operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama IPK Kuala Lumpur. Menurut pihak polis, suspek ni bukan calang-calang orang, dia ada 44 rekod jenayah termasuk kes dadah.
Difahamkan, geng yang diketuainya aktif sejak tahun lepas dan menyasarkan rumah-rumah sekitar KL, Selangor dan Perak. Jumlah kerugian daripada kes-kes samun yang dikaitkan dengan kumpulan ini dianggarkan lebih RM1 juta.
Dalam operasi itu, polis turut merampas sepucuk pistol revolver yang digunakan suspek ketika insiden tembak-menembak berlaku. Nasib baik, tiada anggota polis yang cedera.
Pihak polis turut beri amaran tegas yang mereka akan terus buru dan ambil tindakan keras terhadap mana-mana kumpulan jenayah yang cuba gugat keselamatan awam.
















