SELEPAS berjaya mencipta fenomena menerusi GenKru, KRU muncul dengan idea yang luar biasa – “KRU Live at Sea – Dream KRUise Showcase”
Acara unik akan berlangsung pada 27 hingga 30 Januari 2026, dengan pelayaran 4 hari 3 malam dari Singapura ke Phuket, dan balik semula ke Singapura.
Teruskan MembacaBuat pertama kali, peminat berpeluang menikmati pengalaman istimewa menonton persembahan KRU sambil bercuti di atas kapal mewah yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
Lebih menarik, pakej percutian ini bukan sekadar menjanjikan konsert tetapi turut menawarkan sesi Meet & Greet, barangan eksklusif serta pas khas VVIP untuk peminat setia yang mahukan pengalaman lebih dekat bersama trio legenda itu.
Harga pakej bermula dari RM2,588 seorang bagi Interior Stateroom manakala pilihan bilik lebih eksklusif seperti Palace Suite ditawarkan pada harga RM4,388 seorang.Menurut penganjur, tawaran istimewa turut diberikan sempena Matta Fair dengan jumlah tempat yang sangat terhad.
“KRU Live at Sea ini bukan sahaja meraikan 30 tahun perjalanan muzik kami, tetapi juga sebagai hadiah kepada peminat yang mahu menikmati muzik dengan cara luar biasa, sambil bercuti, sambil berhibur,” kata penganjur.
Persembahan ini dijangka mengulangi kejayaan siri konsert terdahulu dan memberi pengalaman tidak dapat dilupakan kepada peminat KRU di seluruh rantau.