Pelakon Sophia Albarakbah berpendapat bahawa adegan dirinya berendam dalam tab mandi dalam filem seram Tembuni Berdarah tidak seharusnya dijadikan isu atau diperkatakan secara berlebihan.
Menurut aktres berusia 32 tahun itu, beliau bersetuju melakonkan adegan tersebut kerana ia selari dengan jalan cerita dan penting untuk menggambarkan kejadian paranormal yang dialami oleh wataknya, Dr. Izara.
Teruskan MembacaMengulas reaksi netizen, Sophia menegaskan bahawa adegan itu tidak keterlaluan dan tidak wajar dipertikaikan.
“Saya rasa tiada isu pun. Ia bukan adegan yang seksi. Saya memakai pakaian dalam babak itu, cuma ditutupi dengan buih sahaja,” jelasnya.
Tambah Sophia lagi, beliau tidak akan menerima sebarang tawaran lakonan sekiranya perlu melakonkan babak yang melampau atau menjolok mata.
Dalam masa yang sama, beliau berharap penonton memberi tumpuan kepada elemen seram seperti darah dan kemunculan makhluk halus dalam babak tersebut, bukannya tertumpu kepada aksi berendam dalam tab mandi semata-mata.