Isu rawatan kecantikan ekstrem sekali lagi jadi bualan hangat di media sosial selepas peguam dan pempengaruh, @Jillliyana, berkongsi pendedahan penting mengenai penggunaan breast filler di Malaysia.
Teruskan MembacaMenerusi satu hantaran di TikTok, beliau menjelaskan bahawa suntikan breast filler sebenarnya adalah menyalahi undang-undang dan sudah pun diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, bukan sahaja breast filler, malah buttock filler dan rawatan IV vitamin infusions yang kerap dipromosikan oleh sesetengah klinik serta ‘beauty centre’ di media sosial semuanya turut berada dalam kategori rawatan yang dilarang sepenuhnya.
Apa yang merisaukan, walaupun telah diharamkan, rawatan sebegini masih dilakukan secara sembunyi-sembunyi oleh pihak tidak bertauliah, sekali gus mendedahkan orang ramai kepada pelbagai risiko kesihatan termasuk jangkitan, kerosakan tisu, kecacatan kekal dan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.
Jillliyana turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan sebarang iklan rawatan cepat cantik, murah atau tidak berdaftar di media sosial. Katanya lagi, apa-apa prosedur membabitkan suntikan ke dalam tubuh wajib dilakukan oleh profesional perubatan yang bertauliah dan diluluskan oleh KKM.
Ramai netizen turut bersetuju dengan peringatannya, terutama selepas semakin banyak kes kecuaian dan komplikasi rawatan kecantikan tidak sah dilaporkan sejak kebelakangan ini.
Moralnya, jangan mudah terpedaya dengan tawaran “instant beauty” yang tular. Sebelum buat apa-apa rawatan, pastikan ia selamat, diiktiraf dan dilakukan oleh mereka yang benar-benar layak. Cantik boleh, tapi jangan sampai membahayakan diri sendiri.







