Berita paling sweet minggu ini datang dari Brunei apabila Putera Abdul Mateen dan isteri tercinta, Princess Anisha Rosnah Adam, selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Teruskan MembacaLebih mengujakan, pasangan diraja itu turut mengumumkan nama puteri sulung mereka iaitu Zahrah Mariam Bolkiah, nama yang cukup indah dan penuh makna, sekali gus membawa legasi keluarga diraja Brunei.
Difahamkan, bayi comel itu dilahirkan pada 8 Februari lalu di Istana Nurul Iman. Khabar gembira tersebut terus menerima limpahan ucapan tahniah daripada rakyat Brunei dan juga peminat pasangan ini dari seluruh dunia. Maklumlah, sejak perkahwinan diraja mereka yang cukup grand tahun lalu, Mateen dan Anisha memang jadi perhatian ramai.
Sebagai simbol meraikan kelahiran puteri sulung ini, istiadat tradisi turut diadakan termasuk tembakan meriam sebagai tanda kegembiraan rasmi pihak istana.
Walaupun Puteri Zahrah Mariam bukan dalam barisan pewarisan takhta kerana sistem pewarisan Brunei mengutamakan waris lelaki, kehadirannya tetap dianggap satu anugerah besar buat keluarga diraja.
Di media sosial, ramai netizen menyifatkan Zahrah sebagai “royal baby paling ditunggu-tunggu” tahun ini. Rata-rata mendoakan agar si kecil membesar dengan sihat, dilindungi dan menjadi kebanggaan keluarga.
Apa pun, tahniah buat Putera Mateen dan Anisha atas kelahiran permata hati pertama mereka. Nampaknya tahun 2026 bermula dengan penuh bahagia buat pasangan diraja ini.







