Sejak kebelakangan ini, nama Nadia Brian dan Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned kembali menjadi bualan netizen di media sosial.
Perhatian ramai mula tercetus selepas ada yang menyedari kedua-dua mereka dipercayai sudah tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing. Perkara itu secara tidak langsung menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.
Teruskan MembacaSusulan itu, Nadia tampil memberi penjelasan dan mengakui hubungannya dengan Boss Ned sebenarnya masih lagi di peringkat awal. Menurut pelakon tersebut, mereka masih dalam fasa perkenalan dan sedang mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat.
Nadia turut menjelaskan bahawa buat masa ini tiada apa yang serius antara mereka. Disebabkan itu, dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi atau memberi gambaran seolah-olah hubungan tersebut sudah melangkah ke tahap lebih jauh.
Sebelum ini, hubungan mereka mula menjadi perhatian ramai selepas Boss Ned berkongsi beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan Nadia, malah kapsyen yang ditulis juga dianggap agak manis oleh netizen. Dari situ, ramai mula membuat andaian bahawa mereka sedang rapat.
Namun bagi Nadia, dia lebih selesa mengambil pendekatan perlahan dan tidak mahu terburu-buru dalam soal hubungan. Tambahan pula masing-masing mempunyai komitmen kerja dan kehidupan sendiri.
Untuk rekod, Boss Ned sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nora Danish pada tahun 2017 sebelum pasangan itu dilaporkan berpisah selepas beberapa tahun bersama.
Apa pun, buat masa ini hubungan antara Nadia Brian dan Boss Ned nampaknya masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Kita doakan yang baik baik sahaja okay.
















